ADUN, Exco Kelantan naik gaji Januari depan

0
2
KOTA BHARU 12 SEPTEMBER 2017. Jalur Gemilang serta bendera Kelantan dikibar separuh tiang di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Bandar Baru Tunjong berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Kedah. NSTP/ZAMAN HURI ISA

DEWAN undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

Ia dicadangkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Kenaikan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Ia, katanya, juga bagi menyelaraskan dengan elaun di negeri-negeri lain.

“Selain itu, tugas anggota pentadbiran dan Adun semakin berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian kerajaan mencadangkan pindaan dibuat ke atas RUU berkenaan.

“Adalah diharap dengan pindaan ini akan mendorong anggota pentadbiran dan ahli-ahli yang berhormat untuk bekerja lebih gigih dan membantu berkhidmat kepada orang ramai pada tahap maksimun,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Selepas pembentangan itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob, memberi laluan untuk cadangan tersebut dibahaskan, namun tiada seorang pun wakil rakyat berbuat demikian sekali gus diluluskan sebulat suara. – Malaysiapost