Dickson Nwakaeme masih ‘bernafsu’ bermain di Liga M

0
2

DICKSON Nwakaeme berhasrat untuk kekal dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan dan mahu menyertai pasukan yang mempunyai fasiliti lengkap.

Bekas pemain Pahang itu sebelum ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu setelah skuad Tok Gajah tersingkir dari saingan Piala Malaysia musim ini apabila tewas kepada Kedah dengan keputusan 3-2.

“Saya perlukan pendekatan berbeza dan sekiranya saya meneruskan karier, saya mahu terus bermain di Malaysia sebab sudah selesa jadi tidak perlu ambil masa menyesuaikan diri lagi.

“Sebuah pasukan yang mahukan saya itu perlu sudah bersedia, misalnya mempunyai kemudahan yang boleh membantu saya beraksi lebih kerap.

“Pahang sedang ke arah itu dan ia bakal menjadi sesuatu yang berlainan di Malaysia tetapi ketika ini, belum lagi bersedia,” kata seperti dilapor Stadium Astro.

Sebelum ini, dilaporkan pemain berasal dari Nigeria itu mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Tok Gajah selepas tersingkir dari Piala Malaysia.

Menerusi Twitternya, Nwakaeme meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pahang dalam ucapan yang sangat emosi.

“Pertama sekali. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tengku Muda Pahang serta kepada semua kerabat diraja Pahang.

“Juga kepada pihak pengurusan, staf kejurulatihan, para pemain dan penyokong Pahang.

“Saya bertanggungjawab di atas kekalahan menentang Kedah. Apa sahaja yang anda mahu katakan kepada mana-mana pemain, tolong lontarkan kata-kata itu kepada saya.

“Ketika semuanya berjalan lancar dan anda semua menyanyikan nama saya dalam setiap perlawanan. Saya menikmatinya. Sekarang saya juga suka menikmati sebarang kritikan,” katanya. -Malaysiapost