PM ucap tahniah kepada Joe Biden

0
2

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada calon presiden Demokrat, Joe Biden, atas kemenangan bersejarahnya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020.

Beliau berkata, Malaysia telah mengikuti proses pemilihan di AS dengan penuh harapan.

“Pengundi Amerika telah memutuskan dengan tegas untuk menyokong Biden sebagai Presiden AS ke-46.

“Sebagai negara berkembang pesat, Malaysia sangat mementingkan hubungannya dengan AS. Perkongsian komprehensif AS-Malaysia terus menjadi kerangka utama untuk kerjasama proaktif, pelbagai aspek dan saling menguntungkan antara kedua-dua negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, Malaysia berharap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dengan AS di bawah kepemimpinan Biden.

Ini katanya, terutama ketika masyarakat antarabangsa berusaha menangani banyak cabaran global, termasuk kesan buruk dari pandemik Covid-19.

“Saya berharap kejayaan Joe Biden dalam kepimpinannya sebagai presiden, dan berharap dapat bertemu dengannya secara peribadi apabila ada peluang,” katanya. – Malaysiapost