Pelajar Matrikulasi, IPG teruskan pembelajaran dalam talian

0
2

Fitri Nizam

PELAJAR Program Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) diarah meneruskan pembelajaran menerusi dalam talian selain melakukan ulang kaji kendiri sehingga 31 Disember ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata pelajar Program Matrikulasi akan kembali ke kolej untuk meneruskan program pada 4 Januari 2021.

“Ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk pelajar matrikulasi yang dijadualkan pada 8 hingga 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.

“Bagi pelajar IPG, penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran semua program pengajian akan dilaksanakan seperti dalam kalendar akademik Program Pendidikan Guru Sesi 2020/2021 dan Sesi 2021/2022.

“Pelajar IPG akan kembali ke kampus dan meneruskan pengajian pada 17 Januari 2021,” katanya pada sidang media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini. – Malaysiapost