Jangan fikir pasal Akuan 1 KWSP – Ahmad Maslan

0
1

JIKA sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta kerajaan membenarkan pengeluaran daripada akaun satu antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi membantu rakyat berdepan pandemik Covid-19, beliau kini meminta pencarum untuk tidak memikirnya lagi.

Ahli Parlimen Pontian itu sebaliknya meminta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melihat pelbagai inisiatif kepada mereka di dalam Belanjawan 2021.

Katanya, inisiatif-inisiatif itu cukup penting untuk membantu pencarum terkesan dengan Covid-19 dan ia telah dipertimbangkan dengan mengambil kira semua faktor termasuk data pencarum aktif.

“Jangan fikir sangat keluarkan RM10,000 daripada akuan satu tetapi tiga iniastif yang diperkenalkan kerajaan itu dan ia adalah sangat penting

“Saya terperanjat apabila diberitahu ramai yang ada Akaun 1 KWSP tidak mencecah simpanan RM10,000. Malah kira-kira 71 peratus pencarum aktif cuma ada RM 47,000 dalam Akaun 1 mereka,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam, kerajaan mengumumkan tiga inisiatif kepada pencarum KWSP antaranya mereka dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.

Selain itu, pengeluaran i-Lestari dalam Akaun 2 sejak April lalu sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan dan penurunan kadar caruman minimum KWSP pekerja daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.

“Umno juga menyambut baik penurunan kadar caruman pekerja mulai tahun hadapan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bagi tempoh 12 bulan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan keluarga,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Ahmad melontarkan beberapa cadangan menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Menerusi catatannya di Facebook baru-baru ini, beliau antara lain mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan banyak pihak agar pencarum dapat membuat pengeluaran daripada akaun satu KWSP.

Katanya, pengeluaran daripada akaun satu antara lingkungan RM5,000 hingga RM10,000 sekurang-kurangnya membantu rakyat yang hari ini berdepan pandemik Covid-19.

“Benarkan akaun 1 KWSP dikeluar RM5,000 hingga RM10,000. Seterusnya lndungi semua yang dibuang kerja dalam Skim Insuran Pekerja,” katanya.-Malaysiapost