Tajuddin dilantik Pengarah PRU-15 Umno

0
1

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Umno.

Pelantikan itu dibuat Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkuat kuasa, hari ini.

Ini berdasarkan surat yang dikeluarkan Presiden Umno kepada Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan.

Menerusi surat berkenaan, skop tugasan dan tanggungjawab sebagai Pengarah Piliharaya PRU-15 Umno itu akan dimaklumkan kemudian.

Ahmad Zahid percaya Tajuddin dapat memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab dalam membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

Berasal dari Kampung Gajah, Perak, Tajuddin menjadi Ahli Parlimen Pasir Salak sejak 2008 selain pernah menjawat Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani antara 2013 hingga 2018.

Beliau juga adalah pengasas Perhimpunan Melayu Bangkit September 2018, di mana perhimpunan yang pada awalnya bermula di Kampung Gajah kemudiannya menjelajah ke seluruh pelusuk negara.

Bermula pada Perhimpunan Melayu Bangkit itulah kemudiannya menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara Umno dan PAS hingga tertubuhnya Muafakat Nasional. -Malaysiapost