
PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today. Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED
KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) sememangnya berharap untuk mendapat mandat baharu dari rakyat melalui pilihan raya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, pilihan raya umum (PRU) boleh dibuat sekiranya isu berkaitan pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara dapat diselesaikan.
“Jika dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baharu.
“Kita pergi kepada rakyat dan mohon rakyat pertimbangkan. Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional ini bagus dan prihatin terhadap masalah mereka… mereka akan hargai usaha kita,” katanya seperti dilapor Bernama.
“Bila Covid selesai, ekonomi rancak, terserahlah, kita berdoa pada Allah agar negara kita kembali pada landasan yang betul dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama,” kata Muhyiddin.
Bagaimanapun, ketika mengulas mengenai dakwaan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan, Jumaat ini satu belanjawan pilihan raya, Muhyiddin berkata: “Bila pilihan raya. Saya sendiri tidak tahu.”
“Pilihan raya ke bukan pilihan raya, kita tetap akan bantu rakyat…bela nasib rakyat,” kata Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, kerajaan PN memang sentiasa berusaha dan mahu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat dan keadaan ekonomi yang tidak serancak diharapkan.
“Baru landaikan lekuk Covid, gelombang ketiga pula datang,” katanya.
Sebelum ini, Muhyiddin pernah membayangkan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.-Malaysiapost
