PKPB di Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang bermula 5 November

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanankan di Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang berkuatkuasa 6 sehingga 19 November ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sidang khas hari ini mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapati sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu telah direkodkan di mukim berkenaan.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di kawasan ini. SOP PKPB ini adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut rujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya menerusi sidang media harian, hari ini. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Taman Harmoni, Sandakan akan ditamatkan 5 November ini.

“Sehingga 26 Oktober 2020, melalui ujian saringan yang dilaksanakan, KKM mengesahkan tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan di kawasan ini.

“Sehubungan dengan itu, sidang khas hari bersetuju untuk menamatkan PKPD di PPR Taman Harmoni, Sandakan pada 5 November sebagaimana yang telah dijadualkan.

“Walaubagaimanapun, PPR Taman Harmoni ini masih tertakluk di bawah SOP PKPB bagi seluruh negeri Sabah,” katanya. -Malaysiapost