Malaysia catat empat digit kes positif Covid-19 dua hari berturut-turut

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

MALAYSIA mencatatkan empat digit kes postitif Covid-19 dua hari berturut-turut apabila sebanyak 1,032 kes baharu dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes positif di negara ini adalah sebanyak 35,425 kes.

“Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi apabila 646 kes dilaporkan. Diikuti Selangor (231); Negeri Sembilan (44); Labuan (28); Kedah (25); Pulau Pinang (23); Sarawak (9); Kuala Lumpur (7); Perak (6); Putrajaya (4) ;Terengganu (3); Kelantan (2) dan Johor (1).

“Sehingga kini, terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan dan lapan kematian dicatatkan hari ini,” katanya menerusi sidang media harian. -Malaysiapost