Harga vaksin Covid-19 RM87.60

0
1

Fitri Nizam

HARGA maksimum vaksin Covid-19 yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi gabungan Covid-19 Vaccine Global Access (COVAX) adalah AS$21 atau RM87.60 bagi setiap satu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata rundingan proses perolehan vaksin itu kini berada di peringkat terakhir.

Beliau berkata, perbincangan turut membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara.

Kerajaan kini sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam COVAX sebelum menyertainya secara rasmi.

“Kita harap dapat tandatangani COVAX dalam waktu terdekat namun ingin dijelaskan bahawa COVAX hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

“Sebahagian besar akan diperolehi menerusi rundingan dua hala dengan negara atau pun syarikat lain,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini. -Malaysiapost