SOP baharu dibentang dalam tempoh terdekat

0
2
[pl_row] [pl_col col=12] [pl_text]

PERUBAHAN prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diumum dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP itu sudah dibentangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam sidang khas dipengerusikan Perdana Menteri dan sedang diperkemaskan.

“MKN sudah bentang (SOP baharu), tetapi kita minta mereka kemaskan kembali cadangan itu kerana kita tidak mahu berlaku kekeliruan di dalam masyarakat yang akan menyusahkan rakyat kita sendiri.

“MKN akan tambah baik SOP itu dan Insya-Allah kita akan bentang semula dalam waktu terdekat ini, mungkin dalam tempoh dua tiga hari dari sekarang,” katanya hari ini. – Malaysiapost

[/pl_text] [/pl_col] [/pl_row]