PERJALANAN sidang Dewan Rakyat hari ini akan dipendekkan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Keputusan itu kekal berkuatkuasa hingga Khamis ini susulan kes Covid-19 yang dikesan di Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan sedemikian dibuat mengikut Usul 12(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Menerusi Usul 12(1), saya memohon mengusulkan supaya sidang Parlimen akan dipendekkan, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah, untuk Selasa, Rabu dan Khamis ini,” katanya sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT). -Malaysiapost

