Tan Sri Shahrir Abd Samad
SEJAK beberapa hari ini tercetus pelbagai polemik berkenaan isu pengeluaran wang dari Akaun 1 pencarum KWSP.
Kesan pandemik Covid-19 terhadap eko sistem ekonomi Malaysia mahupun diperingkat global saya lihat masih belum nampak penghujungnya
.
“Stimulus Package” atau pakej rangsangan ekonomi yg dilancarkan kerajaan sebelum ini antaranya seperti tempoh moratorium yg telah tamat pada September yg lalu kemudian penyambungan moratorium bersasar yg akan tamat pada Disember 2020 juga dilihat hanya memberi ‘Kelegaan’ sementara buat rata-rata rakyat Malaysia.
Sekarang majoriti rakyat sudah mula bertanya “What’s next”?.
Hutang kerajaan tidak sama dengan hutang rakyat. Jika kerajaan terpaksa berhutang pada skala yang besar maka instrumen pembayaran melalui terbitan Bon, Sukuk ataupun dalam situasi tertentu kerajaan masih boleh mencetak wang bagi membayar hutang.
Manakala, berbeza dengan hutang rakyat ataupun hutang isi rumah (Household Debt) pada kadar 82% melebihi KDNK adalah terlalu tinggi buat Malaysia.
Ianya, merangkumi hutang rumah, kereta, kad kredit dll, jika tak mampu bayar maka bank akan mengejar peminjam sehingga ke lubang cacing sekalipun.
.
Golongan M40 saya jangkakan yang paling terkesan akibat tekanan ekonomi ini dan seterusnya golongan B40 yang mana kedua-dua golongan ini meliputi 80-85% rakyat Malaysia.
Kadar pengangguran (Unemployment Rate) saban hari semakin meningkat, apabila ketua sesebuah keluarga (Breadwinner) kehilangan pekerjaan maka kesan domino apabila keperluan fisiologi seperti makan, minum serta tempat tinggal sudah tidak mampu disediakan seperti dahulu.
Ini akan memberi kesan psikologi kepada anak-anak dan tidak mustahil mampu meruntuhkan institusi keluarga itu sendiri.
Bila sudah kehilangan pekerjaan/pendapatan maka pendapatan isi rumah juga turut musnah, berkemungkinan langkah mudah si bapa akan meminjam daripada Ah Long atau Ceti Haram.
Masalah hutang yang melebar akan semakin meruncing dan memberi kesan emosi serta psikologi bagi mereka yang terlibat dan ianya mampu menjurus kepada gejala sosial serta jenayah dan akhirnya golongan T20 juga akan menjadi sasaran.
Jangan sesekali kita biarkan rakyat yang kelaparan “a hungry man is an angry man”
.
Konklusinya, atas segala justifikasi yg saya nyatakan diatas maka pengeluaran akaun 1 KWSP wajar diberi kelonggaran secara bersasar/bersyarat.
Golongan sasar adalah hanya kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan ataupun pekerjaan sahaja.
Jika RM10,000 terlalu tinggi maka boleh hadkan kepada RM5,000 dan dibayar selama 6-10 bulan sepertimana akaun 2 untuk pembayaran perumahan.
Dalam masa sama, mari kita sama-sama berdoa agar pandemik Covid-19 ini segera berlalu.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Penulis adalah Tokoh Veteran Umno
(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan hanya diletakkan tajuk, ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

