Covid-19: Perlis satu-satunya negeri zon hijau

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PERLIS satu-satunya negeri yang kekal zon hijau dalam tempoh 14 hari sejak 19 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam tempoh sama juga tiada pertambahan zon merah mengikut daerah di negara ini.

Berdasarkan perkongsian, terdapat 11,757 bilangan kes positif dalam tempoh itu, di mana bilangan kes tertinggi adalah di Sabah iaitu 8,523 kes.

Diikuti Selangor dengan 1,640 kes, Negeri Sembilan (422); Pulau Pinang (378); Labuan (358); Kuala Lumpur (174); Kedah (180); Perak (101); Sarawak (96); Johor (66); Terengganu (30); Melaka (28); Putrajaya (23); Kelantan (5) dan Pahang (3).

KKM mengingatkan walaupun Perlis tidak mencatatkan sebarang kes dalam tempoh 14 hari ini ia tidak bermakna negeri itu bebas daripada Covid-19. – Malaysiapost