Covid-19: 3 juta rakyat Selangor bakal nikmati 43 inisiatif Pakej Selangor Prihatin

0
2

LEBIH tiga juta rakyat Selangor akan mendapat manfaat daripada 43 inisiatif Pakej Selangor Prihatin sebagai pemangkin ikhtiar dalam menangani wabak Covid-19.

Ketika ini kerajaan negeri telah melaksanakan 40 daripada 43 inisiatif di bawah Pakej Selangor Prihatin fasa pertama dan kedua.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminudin Shari, sejumlah RM264.4 juta iaitu bersamaan 64 peratus, dibelanjakan daripada peruntukan lebih RM400 juta untuk manfaat lebih tiga juta penduduk.

“Ia bertujuan memangkin ikhtiar membendung Covid-19 dan menyerap dampak sosio-ekonomi penularan wabak tersebut,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 hari ini.

Pada 20 Mac lalu, kerajaan negeri membentangkan pakej fasa pertama dengan dana RM127.8 juta manakala fasa kedua pula RM272.5 juta diperuntukkan pada 1 April lalu.

Dalam pada itu, tiga inisiatif yang masih berjalan adalah bantuan kepada pesakit Covid-19, tabung khas bantuan Covid-19 serta inisiatif Selangor Pay yang ditambah baik menjadi Selangor Advance.

Pada 13 Julai lalu, kerajaan negeri membentangkan pakej fasa ketiga bernilai RM55.85 bilion, termasuk di peringkat penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan. – Malaysiapost