Alvin Goh dibawa ke lokap Jinjang untuk proses reman

0
2

SUSPEK kes pengubahan wang haram, Alvin Goh dijangka dibawa ke lokap Jinjang, Kuala Lumpur untuk proses permohonan reman.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid melalui kenyataan ringkas malam ini.

“Untuk makluman, permohonan reman Alvin mengikut Seksyen 4(1)(a) POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959) di lokap Jinjang jam 10 pagi esok,” katanya seperti dilapor BH.

Awal pagi Selasa lalu, Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong ditahan di sebuah pusat peranginan di Pahang mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Suspek dikesan sering bersembunyi dari satu lokasi ke satu lokasi lain selepas melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.

Suspek dikesan bersembunyi di residensi sebuah pusat peranginan di Pahang bersama seorang wanita warga China dipercayai teman wanitanya.-Malaysiapost