Kereta api tergelincir di Segamat

0
1

SEBUAH kereta api membawa 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang, Segamat, awal pagi tadi.

Semua penumpang termasuk kakitangan tren selamat dalam kejadian pada jam 2.40 pagi tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Kamarulzaman Zainal, tren berkenaan dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum dilaporkan tergelincir di KM 595, di Genuang.

“Kejadian hanya membabitkan dua koc gerabak penumpang dan sebuah lokomotif.

“Landasan utama masih boleh digunakan dan tidak menghalang perkhidmatan tren lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kejadian menyebabkan kelewatan bagi sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru.

“Ia kerana semua tren yang melalui kawasan itu diarah memperlahankan kelajuan.

“KTMB menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral,” katanya.

Katanya, siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). – Malaysiapost