Baim Wong bakal dapat ‘baby’ lagi

0
1

PELAKON Indonesia, Baim Wong bakal menimang cahaya mata keduanya.

Berita gembira itu dikongsikan Baim menerusi saluran YouTube, ketika berkolaborasi dengan Sensasi YouTube, Mak Beti baru-baru ini, lapor Agensi.

Dalam video itu, pelakon itu memaklumkan usia kandungan isterinya, Paula Verhoeven
sudah mencecah dua bulan.

Ketika ditanya oleh Mak Beti mengenai jantina bayi mereka, Baim berkata, dia masih belum tahu kerana kandungan baru lagi.

“Belum tahu (jantina). Baru sebulan dua,” katanya.

Pengumuman itu menerima reaksi positif daripada peminat pasangan itu yang mengucapkan ucapan tahniah di pelbagai platform media sosial.

Baim dan Paula berkahwin pda 22 November 2018 telah dikurniakan anak lelaki, Kiano Tiger Wong pada 27 November 2019, yang kini hampir mencecah usia satu tahun. -Malaysiapost