Emmanuel Macron melampau – Amanah

0
1

PARTI Amanah Negara (Amanah) mengecam keras tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kenyataan itu bersifat melampau dan hanya memupuk Islamophobia dalam kalangan masyarakat dan penganut agama lain.

Dalam mendepani krisis Covid-19, katanya, Macron sebagai Presiden sepatutnya menunjukkan keprihatinan terhadap semua masyarakat tanpa mengira agama dianuti.

“Tindakan Emmanuel adalah melampau dan hanya menimbulkan kekecohan seterusnya menjadi pencetus kepada rakyat atau masyarakat untuk protes di jalanan.

“Ini hanya membahayakan ramai pihak ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost