Ronaldo vs Messi mungkin berkubur kerana Covid-19

0
2

HASRAT peminat bola sepak dunia melihat pertembungan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam aksi Liga Juara Juara, awal pagi esok berkubur selepas bintang Juventus itu diuji positif sekali lagi Covid-19.

Berdasarkan laporan TVI Portugal, Ronaldo sekali lagi diuji positif Covid-19 selepas ujian calitan dibuat Juventus.

Pemain berusia 35 tahun itu kini menanti keputusan ujian UEFA dan jika positif dia akan diketepikan daripada saingan Kumpulan G.

Kali pertama Ronaldo diuji positif ialah dua minggu lalu ketika beraksi dengan Portugal dan menjalani kuarantin sejak kembali ke Itali.

Menurut TV1, pemenang lima kali Ballon d’Or itu sudah 18 kali diuji positif.

Ronaldo perlu kembali negatif 24 jam sebelum perlawanan bagi membolehkan dia bermain menurut peraturan UEFA. – Malaysiapost