Pelajar sambung pengajian dibenar ke luar negara

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

PELAJAR yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, mereka perlu mengemukakan bukti seperti surat tawaran kemasukan pelajar, surat makluman dari pusat pengajian dan kad pelajar.

“Tiada masalah… kita benarkan. Mereka pergi beli tiket kemudian ketika di Imigresen tunjukkan bukti dan mereka boleh berlepas.

“Kita memang mempermudahkan urusan pelajar untuk meneruskan pengajian atau memulakan pengajian di luar negara,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Sementara iu, Ismail Sabri menjelaskan kerajaan juga membenarkan ibu bapa untuk menemani anak belajar ke luar negara.

“Selain itu, bagi pelajar baharu kita benarkan ibu bapa untuk menemani mereka untuk pendaftaran, namun jumlah itu dihadkan dua orang sahaja,” katanya. – Malaysiapost