Ummo masih menyokong Muhyiddin

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

“YA Umno masih menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Ahli Parlimen Padang Besar itu berkata, setakat ini tiada agenda menggesa Presiden Bersatu itu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kita menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu tidak berpolitik. Fokus ketika ini adalah membantu rakyat.

“Mesyuarat hari ini juga berkaitan dengan membantu rakyat,” katanya ketika ditemui media.

Beliau berkata demikian selepas ditanya desakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mahu Muhyiddin melepaskan jawatan.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata jika ada perkara yang berkaitan rasa tidak berpuas hati dengan Bersatu ia boleh dibincangkan.

“Tak puas hati dan sebagainya boleh dibincangkan,” katanya.

Zahidi antara Ahli Parlimen Barisan Nasional yang hadir di PWTC dan difahamkan untuk membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, semalam. -Malaysiapost