
PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today. Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjujung kasih di atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan pimpinannya.
Muhyiddin berkata, beliau juga menyambut baik nasihat Agong supaya kestabilan kerajaan yang ada ketika ini tidak diganggu-gugat.
“Saya menjunjung kasih di atas kepercayaan seri paduka baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan negara tidak diganggu-gugat,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Muhyiddin berkata jemaah menteri mengambil maklum akan kenyataan Agong bahawa tiada keperluan untuk pengisytiharan darurat dibuat.
Jelasnya, jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut titah tuanku dalam usaha melindungi rakyat daripada ancaman Covid-19.
Petang tadi Majlis Raja-Raja bermesyuarat bagi membincangkan cadangan Kabinet untuk memohon pengisytiharan darurat.
Susulan itu, Istana Negara hari ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berpendapat tidak ada keperluan untuk kerajaan mengisytiharkan darurat bagi menangani Covid-19.
Jelas baginda kerajaan hari ini pimpinan Perdana Menteri telah berjaya menangani wabak itu dengan berkesan.
Bagaimanapun baginda meminta ahli politik supaya menghentikan ‘politiking’ dan memberi tumpuan kepada usaha kerajaan membantu rakyat.- Malaysiapost
