‘Saya mampu bersuara guna FB’ – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

Muhammad Mustakim Ramli

“SAYA hanya mampu bersuara guna FB (Facebook),” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau akan terus berdoa untuk semua.

“Di mana boleh, saya akan terus berikan pandangan. Saya mahu suara rakyat didengari dan dihormati,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, setiap langkah yang dibuat ketika ini perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

“Rakyat makin tersepit, peniaga makin terhimpit. Kehidupan amat perit bagi ramai.

“Keadaan amat tidak menentu. Tidak stabil. Tidak berada di landasan yang diinginkan.

“Setiap langkah yang dibuat perlu ambil kira kepentingan rakyat. Setiap keputusan yang dibuat perlu ada aspek kebajikan rakyat juga,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, kebajikan perlu didahulukan dan beri jaminan kelangsungan hidup.

“Keselamatan dan kesihatan penting tetapi jangan abaikan keperluan rakyat. Utamakannya,” katanya,

Najib berkata, dalam tempoh sembilan hingga 10 tahun lalu, beliau amat menitikberatkan rakyat didahulukan.

Namun, katanya, pada 2018 rakyat tidak dipedulikan begitu juga pada 2019. – Malaysiapost