Zahirah, Aiman sambut ‘baby’ di Perth

0
1

PASANGAN selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza akan menyambut kelahiran anak pertama mereka di Perth, Autralia.

Menerusi perkongsian foto di Instagram Zahirah atau Nur Zahirah MacWilson Zainal, menunjukkan dia dan suami berada dalam penerbangan untuk ke Australia, awal pagi tadi.

“See you next time, Malaysia. We love you guys (kami sayang anda semua), terima kasih atas doa yang baik-baik.

“Insya-Allah when we return, there will be three of us (bila kembali nanti, kami akan bertiga),” katanya.

Kandungan Aktress itu sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada Disember ini.

Zahirah dan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31, mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2019. – Malaysiapost