MENTERI Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.
Pelantikan Ahli Parlimen Sembrong itu dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rombakan kecil itu diputuskan setelah berunding dengan presiden semua parti komponen, mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.
“Dengan ini saya telah melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Bendahari Agung BN yang baharu.
“Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih kekal dan akan terus menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari Umno Malaysia.
“BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung BN,” katanya. – Malaysiapost

