Covid-19: 25 maut di Korea Selatan akibat vaksin influenza selesema

0
2

SERAMAI 25 individu maut di Korea Selatan selepas diberikan vaksin inokulasi influenza bermusim bagi menyekat selesema beserta wabak Covid-19.

Walaupun mendapat tentangan bagi menghentikan penggunaan vaksin itu termasuk rayuan dari sekumpulan doktor, namun pegawai Korea Selatan semalam menolak untuk menggantung usaha berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatannya menyatakan bahawa kematian tersebut tiada kaitan dengan vaksin.

Memetik laporan Agensi, Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), berkata sekurang-kurangnya 22 orang mati, termasuk remaja lelaki berusia 17 tahun, yang adalah sebahagian daripada kempen untuk menyuntik 19 juta remaja dan warga emas secara percuma.

Sementara itu, Pengarah KDCA, Jeong Eun-kyeong memberitahu Parlimen jumlah kematian telah meningkat, tetapi pasukan mereka melihat kemungkinan rendah bahawa kematian itu disebabkan suntikan.

Namun, Korea Selatan memesan lima lagi vaksin selesema tahun ini untuk membendung “twindemic”, atau prospek orang yang menghidap selesema mengalami komplikasi virus Covid-19 dan beban hospital yang berlebihan pada musim sejuk.

Menteri Kesihatan Park Neung-hoo telah mengesahkan program percuma akan diteruskan.

Tetapi katanya, beliau memahami dan menyesal bahawa orang ramai prihatin terhadap kesan vaksin itu.

“Kami sedang mencari penyebabnya tetapi sekali lagi akan memeriksa secara menyeluruh proses di mana pelbagai agensi kerajaan terbabit, dari pengeluaran hingga pengedaran,” katanya.

Penyedia vaksin itu antaranya firma domestik seperti GC Pharma, SK Bioscience, Korea Vaccine dan Boryung Biopharma, unit Boryung Pharm, bersama Sanofi Perancis.

Mereka menyediakan program percuma dan perkhidmatan berbayar yang kedua-duanya bertujuan memberi vaksin terhadap kira-kira 30 juta daripada 52 juta penduduk.

Daripada 25 yang mati tersebut, iaitu 10 orang menerima produk dari SK Bioscience dan masing-masing lima dari Boryung serta GC Pharma, satu dari Korea Vaccine dan empat dari Sanofi.

Keempat-empat syarikat domestik itu enggan memberikan komen, manakala Sanofi tidak membalas permintaan untuk memberi komen. – Malaysiapost

Foto Kredit: abc news