1,259 murid, pelajar positif Covid-19 sejak gelombang ketiga landa negara

0
2

SERAMAI 1,259 murid dan pelajar positif Covid-19 sejak gelombang ketiga melanda negara ini pada September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 587 adalah murid berumur tujuh hingga 12 tahun.

“Seramai 670 pula adalah pelajar 13 hingga 18 tahun,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sejak Februari hingga 21 Oktober, sebanyak 830 kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan murid sekolah rendah manakala 1,315 adalah pelajar sekolah menengah.

“Sebanyak 12 sekolah terkesan dengan penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, di Negeri Sembilan tiga sekolah ditutup selepas disebabkan Kluster Cahaya, Sophie dan Bah Manggis.

“Di Johor pula tiga sekolah melibatkan dua kluster iaitu Kluster Simera dan Rinting, manakala dua sekolah terkesan di Kuala Lumpur yang melibatkan Kluster Pantai dan Kluster Long.

“Masing-masing satu di Pulau Pinang (Kluster Alma), Putrajaya (Kluster Selasih) dan Sarawak (Kluster Bah Arnab),” katanya. – Malaysiapost