Wanita berpurdah wajib pakai pelitup muka

0
2

WANITA berpurdah juga wajib memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,

Menurut Noor Hisham, kain purdah lazimnya hanya mempunyai satu lapisan dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kalau pemakaian purdah hanya satu lapisan tidak cukup.

“Jadi kita syorkan mereka yang memakai purdah dalam tu boleh memakai pelitup muka sama ada jenis fabrik atau pelitup muka tiga lapisan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada wanita berpurdah perlu memakai pelitup muka.

Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 847 kes positif Covid-19 hari ini dan ia menunjukkan peningkatan berbanding 732 kes yang dilaporkan semalam.

Sabah kekal sebagai negeri mencatatkan rekod positif baharu tertinggi dengan 578 kes. – Malaysiapost