UCL: No van Dijk, no problem

0
2

BERAKSI tanpa Virgil van Dijk tidak mendatangkan masalah buat Liverpool, apabila menang 1-0 di Ajax dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Jaringan sendiri Nicolas Tagliafico selepas bola rembatan Sadio Mane terkena kakinya pada babak pertama sudah cukup buat Liverpool meraih tiga mata penuh.

Kemenangan itu menyuntik keyakinan kepada juara 2019 itu yang mahu membuktikan tanpa Van Dijk mereka tetap bersemangat mempertahankan gelaran Liga Perdana dan pencabar kejuaraan Eropah.

Dalam pada itu, satu lagi wakil England, Manchester City turut mencatat kemenangan dengan menewaskan Porto 3-1.

Juara Portugal itu terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului di awal permainan tetapi Sergio Aguero menyamakan kedudukan pada babak pertama dan dua jaringan babak kedua menerusi Ilkay Gundogan dan pemain gantian Ferran Torres mengesahkan kemenangan City.

Sementara itu,bagi keputusan lain UCL awal pagi tadi menyaksikan Salzburg 2-2 Lokomotiv Moscow; Bayern Munich 4-0 Atletico Madrid; Real Madrid 2-3 Shakhtar Donetsk.

Inter Milan 2-2 Borussia Moenchengladbach; Olympiakos 1-0 Marseille dan Midtjylland 0-4 Atalanta. -Malaysiapost