Cuci duit: Pendapatan RM100 juta sebulan!

0
1

RM100 juta sebulan. Itu jumlah pendapatan bulanan sindiket ‘cuci duit’ yang dikaitkan dengan perniagaan golongan artis.

Difahamkan, sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh warga China yang mengupah Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong @ Alvin sebagai ejen itu memberikan 20 peratus daripada jumlah pendapatan terbabit kepada pihak berkuasa bagi ‘melindungi’ kegiatan mereka.

Harian Metro melaporkan sumber berkata, bayaran secara bulanan yang diberikan kepada pihak berkuasa itu menjadikan kumpulan berkenaan ‘kebal’ dan bebas menjalankan kegiatan haram mereka.

“Jika ada anggota atau pegawai yang enggan menerima wang diberikan atau tidak taat akan dipindahkan ke tempat lain.

“Alvin menggunakan hubungan baik dengan pegawai lain untuk berbuat demikian. Ini bagi memastikan kegiatan perjudian, dadah dan Macau Scam dilakukan tidak terganggu,” katanya.

Kata sumber lagi, lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis sebelum ini adalah ahli kumpulan berkenaan.

Katanya, kumpulan itu juga dikatakan melabur wang kepada pengarah filem untuk menggunakan artis tempatan sebagai alat mencuci duit. -Malaysiapost