Khairuddin tidak dikenakan tindakan, tertakluk Akta 342

0
1

Nilam Oshman

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tidak dikenakan sebarang tindakan kerana tertakluk di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.

Akta itu memperuntukkan, pegawai yang diberi kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk tidak mengeluarkan sebarang perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah bagi mengarahkannya menjalani pemerhatian atau pengawasan di rumah.

Menurut Peguam Negara, mengikut borang 14b seperti yang diperuntukan dalam Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengandungi perintah pemerhatian atau pengawasan selaras dengan subseksyen tersebut tidak pernah diserahkan kepada Dr Mohd Khairuddin sebelum beliau dibenarkan pulang ke rumah.

Katanya, bagi menjadikan perbuatan melanggar perintah kuarantin di rumah sebagai suatu kesalahan di bawah Akta 342, perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah mestilah diserahkan kepada menteri terlebih dahulu sebagaimana kehendak di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.

“Berdasarkan perkara itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap beliau,

memandangkan tiada keterangan yang kukuh bagi memenuhi beban bukti yang diperlukan di bawah undang-undang,” katanya.

Ia berikutan, satu dakwaan mengatakan Dr Mohd Khairuddin gagal menjalani perintah kuarantin di rumah yang sepatutnya bermula dari 7 Julai 2020 dan berakhir pada 21 Julai 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuas

Oleh itu, polis telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut. -Malaysiapost