Covid-19: TUDM ‘terbangkan’ petugas KKM ke Sabah

0
2

SERAMAI 68 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diterbangkan ke Sabah menerusi pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menerusi perkongsian di Facebook, KKM memaklumkan 68 petugas itu terdiri daripada 48 orang pasukan mobilisasi dan 20 orang pasukan sukarelawan.

“Kesemua mereka ini dihantar ke Tawau dan juga Kota Kinabalu bagi memberikan bantuan perubatan di kedua-dua daerah itu dalam usaha KKM menbendung penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di Sabah.

“Bagi pelaksanaan misi ini, TUDM telah mengatur gerak sebuah pesawat angkut jenis C130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang,” katanya.

KKM turut memaklumkan, penerbangan hari ini membawa peralatan perubatan KKM seperti “VTM, Mobile X-Tray, Super Script dan RTK” yang diturunkan di Kota Kinabalu bagi kegunaan pusat kesihatan di Sabah. -Malaysiapost