Safawi perlukan sebulan – Akmal

0
1

SAFAWI Rasid memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk menembusi skuad utama Portimonense SC, kata bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Akmal yang pernah berkelana ke kelab Ligue 1, RC Strasbourg berkata, fokus utama Safawi ketika ini adalah cepat menyesuaikan diri dengan situasi semasa pasukan dan mampu mengikuti setiap latihan diterap barisan kejurulatihan.

“Lihat dalam senarai pemain pasukan sudah tentu mereka datang daripada pelbagai latar belakang berbeza dengan masing-masing mempunyai pencapaian membanggakan.

“Apa yang boleh saya katakan memang susah untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama, namun tidak mustahil bagi Safawi memecah ‘tembok’ berkenaan jika terus komited dan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri.

“Ketika ini, untuk Safawi berada dalam senarai skuad utama mungkin sukar dan perlu menunggu tempoh sebulan sebelum diberikan peluang,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Perlawanan Portimonense Sabtu ini sudah tentu menjadi tumpuan peminat tanah air apabila Safawi kemungkinan melakukan penampilan pertama bersama skuad utama menentang Tondela.

Jika dilihat atas kertas, agak sukar untuk pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu diturunkan kerana perlu bersaing dengan tujuh pemain lain bagi merebut tempat di posisi sayap dan penyerang. – Malaysiapost