Fad Bocey dapat ‘baby boy’

0
1

ISTERI kepada pelawak, Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman selamat melahirkan bayi lelaki pada awal pagi tadi.

Fad atau nama sebenarnya, Muhamad Fadzlie Mohd Nizam berkongsi berita gembira itu menerusi Instagramnya.

“Assalamualaikum, salam subuh semua…Syukur ke Hadrat Illahi, tarikh 20 Oktober 2020 jam 4.41 pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy (bayi lelaki).

“Welcome baby mummy and daddy, (selamat datang anak ibu dan ayah), Ibrahim Jibriel bin Mohamad Fadzlie,” katanya

Fad turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan serta menzahirkan penghargaan kepada isterinya.

“Thank you semua mendoakan kami, thank you so much, syaheeraarahman I love you so much,” katanya.

Fad dan Syaheera bernikah pada 14 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal. – Malaysiapost