Van Dijk juga berisiko tidak dapat bermain pada Euro 2020 Jun depan

0
3

MISI Liverpool mempertahankan kejuaraan Liga Perdana berdepan cabaran berliku selepas tonggak pertahanan, Virgil van Dijk cedera ligamen lutut dan memerlukan pembedahan.

Berita itu menyusul di sebalik laporan menyatakan kapten Belanda tersebut kemungkinan terlepas aksi keseluruhan musim ini.

Van Dijk memerlukan pembedahan selepas cedera akibat dirempuh penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika pertembungan dua pasukan setempat Merseyside yang berkesudahan seri 2-2.

Liverpool menerusi kenyataan di laman web pasukan itu mendedahkan van Dijk memerlukan pembedahan selepas pemantauan lanjut terhadap kecederaan itu.

“Tiada sebarang tempoh masa ditetapkan untuknya kembali pada tahap ini.”

Van Dijk juga berisiko tidak dapat bermain pada Euro 2020 Jun depan. – Malaysiapost