The Curve pula catat kes positif Covid-19

0
3

THE Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya menjadi pusat beli-belah terbaharu di Lembah Klang mencatatkan kes positif Covid-19.

Menerusi kenyataan di laman Instagram rasminya, pihak pengurusan The Curve memberitahu seorang pekerja di Foot Solutions, kedai kasut di tingkat satu kompleks beli-belah tersebut didapati positif virus itu pada 16 Oktober.

https://www.instagram.com/p/CGZ_RcplllO/?igshid=1nynliciomdm7

“Susulan itu, semua pekerja Foot Solutions yang lain segera diuji dan telah disahkan negatif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Semua pekerja tersebut hanya dibenarkan kembali bekerja setelah mereka diuji negatif sekali lagi pada akhir tempoh kuarantin dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan pusat beli-belah,” kata The Curve.

Pembersihan menyeluruh dan sanitasi telah dilaksanakan di kompleks itu pada jam 10 malam tadi dan dibuka semula seperti biasa pada jam 10 pagi ini.

“Pengurusan The Curve ingin meyakinkan pelanggan bahawa kami mengambil semua langkah yang diperlukan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan untuk keselamatan pelanggan, pekerja, peruncit dan masyarakat secara umum,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost