Tempoh kuarantin berakhir esok, Ismail Sabri bebas Covid-19

0
2

Nurul Huda Abhar

TEMPOH kuarantin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berakhir esok setelah keputusan saringan Covid-18 yang diterima pagi tadi adalah negatif.

Beliau mengesahkan berita itu dalam sidang media harian secara atas talian dari kediamannya, hari ini.

“Hari esok mungkin hari terakhir saya membuat sidang media secara “live” dari rumah kerana Alhamdulillah dengan doa seluruh rakyat, saya telah terima keputusan pagi tadi. “Swab test” saya diisytihar negatif.

“Oleh itu, ini hari terakhir saya dikuarantin di rumah. Esok saya sudah dibebaskan untuk keluar dari kuarantin. Saya mahu ucapkan terima kasih untuk komen-komen di dalam Facebook Live, Instagram yang mendoakan kesihatan saya.

“Insya-Allah, mulai Isnin saya tidak lagi bersiaran dari rumah,” katanya. – Malaysiapost