Nurul Huda Abhar
AKTIVITI gimnasium dan futsal dibenarkan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi aktiviti di padang bola sepak komersial dan pusat futsal, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membenarkan hanya untuk tujuan latihan sahaja dan tertakluk pada 10 orang dalam satu masa.
“Hanya untuk latihan sahaja, bukan untuk perlawanan atau pertandingan. Ia akan berkuatkuasa mulai hari Isnin, 19 Oktober,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Menurut Ismail Sabri, SOP secara menyeluruh mengenai atur cara sukan yang terlibat akan dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. – Malaysiapost

