Bangkang boleh, tapi jangan tolak Bajet untuk tunjuk tolak PM

0
2

PEMBENTANGAN Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat akan datang bukan untuk ahli politik mengambil kesempatan menunjukkan mereka menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan, berkata apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya ahli politik menggunakan Perlembagaan dalam menyelesaikan kemelut politik, beliau pasti ia tidak sepatutnya menjadikan Bajet 2021 untuk tujuan politik.

“Jika nak bangkang RUU boleh, tapi mesti asasnya berkait kandungan Bajet. 

“Jangan tolak hanya untuk pamer PM tiada majoriti, ianya tidak adil untuk rakyat yang mengharapkan Bajet ringankan beban,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 dijadual dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada jam 4 petang, 6 November nanti.

Mesyuarat ketiga, penggal ke-3, Parlimen ke-14 akan berlangsung mulai 2 November sehingga 15 Disember depan bagi Dewan Rakyat, sementara persidangan Dewan Negara berlangsung dari 14 hingga 23 Disember. – Malaysiapost