Fitri Nizam
KOMPLEKS beli-belah One Utama Mall, Bandar Utama dibenarkan beroperasi semula bermula esok ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata sehingga semalam, seramai 6,000 termasuk pekerja, penyewa, petugas serta 110 pengunjung telah disaring oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, individu yang didapati positif telah dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan, kontak tidak bergejala pula dikuarantin selama 14 hari.
“Selain itu, individu yang bergejala telah diarakan untuk pemeriksaan lanjut di klinik berhampiran.
“Dengan langkah kawalan dan pencegahan yang telah diambil oleh pihak pengurusan, sidang khas hari ini bersetuju membenarkan mereka kembali beroperasi,” katanya pada sidang media hari ini.
Pada 11 Oktober lalu, kompleks beli belah One Utama diarahkan ditutup untuk tujuan saringan Covid-19 dan aktiviti pembasmian kuman. -Malaysiapost

