PKPB di Labuan mulai 17 Oktober

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan bermula tengah malam 17 Oktober sehingga 30 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara, hari ini.

“Bagi PKPB di Labuan, semua aktiviti industri dan ekonomi adalah dibenarkan. Prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap akan dikeluarkan oleh kementerian esok.

“Saya ingin ingatkan warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar. Rentas negeri juga tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Tambahnya, pergerakan udara dibuka seperti biasa tetapi untuk tujuan rentas negeri perlu mempunyai kebenaran pihak polis. -Malaysiapost