Nurul Huda Abhar
SEBANYAK 660 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini dan empat kematian direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 233 kes harian yang telah pulih sepenuhnya dicatatkan hari ini.
“Kes positif Covid-19 di Sabah menyumbang jumlah tertinggi secara keseluruhan iaitu sebanyak 429 kes daripada 660 kes hari ini.
“Manakala, di Kedah sebanyak 113 kes, Selangor 68 kes, Pulau Pinang 17 kes dan Wilayah Persekutuan 12 kes,” katanya ketika sidang media, hari ini.
Katanya, empat kes kematian direkodkan menjadikan kes kumulatif kematian berjumlah 167.
“Kes yang menerima rawatan di Unit rawatan Rapi sebanyak 108 kes sementara 35 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan. -Malaysiapost

