KEJAM! Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh bapanya di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi tadi.
Difahamkan bayi itu dibunuh menggunakan objek tumpul.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, berkata siasatan awal mendapati bapa bayi terbabit dipercayai ada gangguan mental.
Katanya, lebih menyedihkan mayat bayi berkenaan ditemui dalam karung guni yang disorok di bahagian dapur rumah.
“Mayat bayi berkenaan yang ada kesan cedera parah dan lebam di beberapa bahagian badan turut dilumur garam kasar yang dilakukan bapa berusia 40 tahun itu,” katanya seperti dilapor BH. – Malaysiapost

