PKPB: Dr Noor Hisham ingatkan bahaya pulang ke kampung

0
2
PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan mengenai bahaya penularan Covid-19 jika orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Ini kerana, katanya, orang ramai yang pulang ke kampung tidak tahu sama ada mereka pembawa virus tersebut, seterusnya dibimbangi menjangkiti ibu bapa mereka pula.

“Kalau pulang ke kampung, pastikan duduk di rumah… tetapi bahaya sebab kita tak pasti sama ada kita pembawa virus tersebut.

“Kita sepatutnya melindungi orang tua kita di kampung kerana dengan usia mereka yang lanjut, mereka lebih terkesan dengan jangkitan,” katanya dalam sidang media lewat petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengenai laporan ramai warga Lembah Klang yang telah pulang ke kampung susulan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai tengah malam ini.

Dr Noor Hisham PKPB di Selangor serta dua Wilayah Persekutuan itu antara lain bertujuan memastikan lebih ramai rakyat duduk di rumah.

“Kalau tiada urusan di luar, sila duduk di runah. Kalau terpaksa, pastikan amal prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Pakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal satu meter kerana dengan amalan ini kita dapat memutuskan jangkitan penularan antara 82 hingga 85 peratus,” katanya. – Malaysiapost