Muhammad Mustakim Ramli
STATUS ‘IG story’ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Khairy Jamaluddin menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak kemungkinan kerajaan bertukar.
Ahli Parlimen Rembau itu memuat naik gambar bersama Timbalannya, Ahmad Amzad Hashim dengan status yang pastinya menimbulkan tanya tanya pada warga net.
“Selesaikan tugasan di Mosti bersama Timbalan Menteri sekiranya ada penghuni baharu mengambil alih.
“Kerajaan datang dan pergi. Pentadbiran negara mesti diteruskan. All the best,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menyerahkan dokumen mengandungi lebih 120 Ahli Parlimen yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, pagi tadi.
Justeru, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan berdasarkan dokumen yang telah diserahkan. -Malaysiapost

