PM4/7 bukan sahaja anggap Melayu malas tetapi bodoh – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

DATUK Seri Najib Razak mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja menganggap orang Melayu malas, tetapi juga percaya Melayu dan semua rakyat Malaysia bodoh dan mudah lupa.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa banyak pembohongan dilakukan bekas Perdana Menteri itu dan kali ini menerusi status di Facebook.

“Dia (Dr Mahathir) kata Warisan menang Sabah di PRU14 tahun 2018. Lalu kerajaan Warisan terpaksa bubar DUN Sabah dan adakan PRN yang menyebabkan kes Covid di Sabah meningkat naik sebab PN/BN nak rampas kuasa dari Warisan melalui pintu belakang.

“Ini satu pembohongan amat jelas. Warisan tak menang Sabah di PRU14. Yang membentuk kerajaan ialah BN dan (Tan Sri) Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri,” katanya menerusi Facebook.

Najib mendakwa, Tun Mahathir kemudian mengunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengugut Adun kerajaan BN Sabah kononnya mereka dibayar wang untuk sokong Musa Aman.

“Rumah digeladah, wakil rakyat disoal siasat berhari-hari. Namun satu celah bukti pun tidak dapat dicari untuk menyokong tuduhan TUn Mahathir.

“Lalu parti Upko yang bertanding atas tiket BN melompat ke Warisan untuk menjatuhkan kerajaan BN Sabah.

“Upko umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan” katanya.

Najib mendakwa, apa yang Ahli Parlimen Langkawi itu nyatakan menngenai kerajaan pintu belakang sebenarnya ialah kerajaan Warisan Sabah.

“Musa Aman tidak dibenarkan berjumpa dengan TYT (Yang di-Pertua) Sabah dan digugurkan jawatan untuk membenarkan (Datuk Seri) Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan cara yang melanggar perlembagaan.

“Ini telah disahkan mahkamah. Selepas beberapa Adun hilang kepercayaan terhadap kerajaan Warisan dan Shafie hilang sokongan majoriti kepada Musa Aman.

“Kerajaan Warisan pun tumbang tapi Shafie kata dia sanggup mati daripada serah kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa melalui pintu belakang selepas PRU14,” katanya.

Najib berkata keputusan Shafie bubar DUN juga disokong penuh oleh majlis presiden PH.

Katanya, ketika itu beliau sendiri bantah DUN dibubar untuk PRN dan membidas Shafie rakus kuasa selain Musa Aman juga menolak PRN.

“Perlu juga dinyatakan kerajaan negeri pernah tukar tangan lima kali selepas PRU14 iaitu Sabah pada tahun 2018 dan Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020.

“Tapi sekali pun DUN tidak dibubar dan PRN diadakan dalam kelima-lima kali ini. Hanya Shafie sahaja yang bubarkan DUN untuk adakan PRN,” katanya. – Malaysiapost