PKPB di Selangor, KL, Putrajaya bermula lusa

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula lusa hingga 27 Oktober.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sidang khas hari ini mendengar pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes-kes positif di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang, di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020,” katanya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, antara aktiviti dilarang adalah pergerakan keluar masuk dan merentas daerah.

“Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya. – Malaysiapost