MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disahkan negatif Covid-19 selepas tamat menjalani tempoh kuarantin kendiri selama dua minggu.
Turut sama disahkan negatif, 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Pejabat Menteri Besar Pahang dalam kenyataan, berkata kuarantin kendiri yang bermula pada 28 September lalu adalah langkah berjaga-jaga selepas beberapa Exco negeri itu berkunjung ke Sabah bagi membantu kempen pilihan raya negeri lalu.
“Mereka yang pulang juga diwajibkan menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sejurus tiba di lapangan terbang serta beberapa ujian saringan dalam tempoh kuarantin tersebut.
“Walaupun berada dalam kuarantin, urusan pentadbiran negeri tetap berjalan lancar dengan segala mesyuarat termasuk mesyuarat Exco yang berlangsung setiap Rabu dilakukan secara dalam talian,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

