Lelaki marah bakar tilam, jiran pula rentung

0
1

TINDAKAN lelaki membakar tilam di bilik selepas bertengkar dengan ibu saudaranya, bukan sahaja menyebabkan rumahnya terbakar, malah jirannya rentung selepas api merebak ke rumah sebelah, malam tadi.

Dalam kejadian di Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu jam 12.10 tengah malam, Liew Han Chong, 65, ditemui rentung dalam tandas di tingkat atas rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian dipercayai sebelum kejadian, suspek dikatakan bertengkar dengan ibu saudaranya lalu membakar tilam di biliknya.

“Api kemudian merebak dan suspek bersama tiga ahli keluarga sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lelaki ditemui rentung bersebelahan rumah suspek terbabit,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Habibi berkata, susulan kejadian itu, polis menahan suspek kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat. – Malaysiapost